JAWATANKUASA PENGELOLA

 

KEJOHANAN BOLA KERANJANG

 

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH SELANGOR
JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN BOLA KERANJANG

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH SELANGOR

 

Pengerusi                     :           Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.

 

Timbalan Pengerusi      :           Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

                                                Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

 

Setiausaha                    :           Setiausaha Agung, MSS Negeri Selangor.

 

Penolong Setiausaha     :           Penolong Setiausaha I, MSS Negeri Selangor.

                                                Penolong Setiausaha II, MSS Negeri Selangor.

 

Bendahari                    :           Bendahari MSS Negeri Selangor.

 

Penasihat Teknik          :           Pengerusi Teknik Bola Keranjang MSS Negeri Selangor.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kecil:

                                    :           (1)        Urus setia

-                      Urus setia sebelum Kejohanan

-                      Urus setia semasa Kejohanan

-                      Buku Atur cara.

-                      Iklan

                                                            -           Publisiti dan Seranta.

 

2.                  Ceremonial

-           Perasmian.

                                                            -           Jamuan Rasmi

-                      Jemputan/Sambutan

-                      Hadiah/Cenderahati

-           Siar raya/video/fotografi.

 

                                                3..        Hospitaliti

-                      Penginapan

-                      Pengangkutan

-                      Kecemasan

-                      Keselamatan/Kawalan Lalu lintas

 

3.                  Teknik Pertandingan

-                      Pertandingan

-                      Ke Pengadilan

-                      Alatan/Tempat Pertandingan

-                      Statistik dan Keputusan

-                      Minuman Pertandingan/Pegawai

-                      Pemilihan Pemain

-                      Venue Koordinator

 

 

PEGAWAI TEKNIKAL

 

A.   Pengerusi Teknik selaku Pengurus Pertandingan               

B.      Pegawai Teknik MSS Daerah selaku Penolong Pengurus Pertandingan

C.      Ketua Pengadil

D.      Venue Koordinator

 

 

 

A.   KEANGGOTAAN

 

Bilangan ahli jawatankuasa  ini adalah mengikut keperluan pengurusan pengelolaan Kejohanan ini.  Setiap ahli dalam Jawatankuasa ini akan dilantik secara rasminya oleh Yang Amat Berusaha Pengarah Pendidikan Negeri Selangor selaku Pengerusi Pengelola Kejohanan Bola Keranjang MSS Selangor, manakala ahli-ahli jawatankuasa serta pembantu-pembantu akan dilantik oleh Setiausaha Agong MSS Selangor dan Pengerusi Kejohanan. Bilangan ahli dalam tiap jawatankuasa kecil ini terpulanglah kepada Pengerusi Jawatankuasa itu sendiri, tetapi biarlah benar-benar berfaedah dan berfungsi.

 

 

B.   BIDANG KUASA

 

Setiap jawatankuasa kecil, setelah mempunyai keahlian yang lengkap, bolehlah menjalankan tugas masing-masing sebagaimana yang terkandung dalam panduan ini. Kadangkala terdapat sebahagian daripada tugas-tugas ini bertindih antara tanggungjawab tersebut. Segala masalah seumpama ini atau lain-lain keraguan hendaklah dirujuk kepada Urus setia.

 

Setiap jawatankuasa kecil bertanggungjawab di atas kelicinan dan kesempurnaan tugas jawatankuasa masing-masing seterusnya mempunyai koordinasi dan kerjasama yang erat dengan jawatankuasa-jawatankuasa  lain.

 

 

C.   PELAKSANAAN

 

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan ini akan mengadakan sekurang-kurangnya tiga kali mesyuarat:

 

      1.   Pengesahan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.

            Penerangan tugas-tugas.

            Penerangan Kewangan/Sumber Kewangan.

            Rancangan/Ketepatan isu-isu penting.

 

      2.   Pengesahan setiap Jawatankuasa Kecil.

            Anggaran Perbelanjaan Setiap Jawatankuasa Kecil

            Laporan Kemajuan

 

      3.   Laporan Kemajuan (Peringkat Akhir)

            Semakan dan Penyelarasan.

 


Setiap jawatankuasa kecil perlu mengadakan perbincangan di peringkat jawatankuasa masing-masing untuk memastikan tugas-tugas yang dirancang dan dipertanggungjawabkan itu dibahagi-bahagi dan dijalankan dengan teratur serta terkawal. Segala keputusan dan tindakan yang dicapai hendaklah diminitkan dan salinannya dihantar kepada Urus setia MSS Selangor di Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Jika perlu, pihak Urus setia boleh dijemput untuk menghadiri mana-mana Jawatankuasa Kecil.

 

Semasa pesta in berlangsung, acara-acara berikut selalunya diadakan:

 

      1.   Taklimat kepada pegawai-pegawai/peserta oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil berkenaan.

      2.   Taklimat/Pertandingan/Arahan oleh Jawatankuasa Kecil Pertandingan dan Pengadilan.

     

Mustahak diambil ingatan bahawa bagi acara-acara tersebut di atas, setiap Pengerusi Jawatankuasa Kecil hendaklah memastikan kehadiran semua/sebahagian ahli-ahli (mungkin tanpa jemputan rasmi). Walau bagaimanapun kesemua ahli dijemput menyaksikan acara-cara Kejohanan itu.

 

D.   TUGAS-TUGAS

 

Garis panduan tugas ini bertujuan sekadar untuk membantu Jawatankuasa Kecil menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna dan licin, dan perlu ditokok tambah atau sebaliknya mengikut keperluan dalam menyelesaikan dan mengendalikan segala urusan yang berbangkit.

 

1.      URUS SETIA

 

      Urus Setia Pengelolaan (Sebelum Kejohanan)

      a.   Mengurus segala perhubungan daerah terlibat.

      b.   Menyempurnakan segala urusan mesyuarat, perjumpaan dan sebagainya.

      c.   Mendapat dan menyiapkan ucapan untuk mana-mana upacara, kata alu-aluan untuk buku program, jemputan untuk pembukaan dan penutup pesta.

      d.   Permohonan untuk kebenaran menggunakan Tempat Pertandingan, alatan serta kemudahan dan keperluan lain yang berkaitan.

      e.   Permohonan tempat perjumpaan, mesyuarat, jamuan dan sebagainya.

      f.    Membuat penyelarasan tugas Jawatankuasa Kecil melalui mesyuarat dan perhubungan.

      g.   Tindakan dan semakan kerja-kerja yang dicadangkan serta diluluskan oleh Jawatankuasa Pengelola.

      h.   Menyampaikan maklumat dan laporan dari masa ke semasa.

      i.    Menyediakan borang-borang pendaftaran.

      j.    Menyediakan kad jemputan.

      k.   Mengedar/menghantar kad-kad jemputan untuk sebarang upacara.

 


      Urus setia Pengelolaan (Semasa Kejohanan)          

      a.   Menerima dan menyampaikan maklumat-maklumat mengenai Kejohanan dan urusan Pertandingan.

      b.   Menyediakan kenyataan dan maklumat-maklumat Kejohanan dari masa ke semasa kepada setiap Jawatankuasa dan pihak berkenaan.

      c.   Menjadi perantaraan di antara jawatankuasa-jawatankuasa  dengan pasukan-pasukan  dan pihak-pihak lain semasa pertandingan.

e.      Menempatkan wakil di tempat penginapan dan tempat-tempat pertandingan sepenuh masa sepanjang Kejohanan berlangsung.

 

      Buku Atur cara

      a.   Mendapat maklumat-maklumat yang perlu diisi dalam buku atur cara daripada jawatankuasa lain termasuk iklan-iklan.

      b.   Menyusun isi kandungan seperti mana yang diperlukan.

      c.   Memastikan draf buku atur cara disemak dengan teliti di mana kesilapan dapat diperbetulkan sebelum dicetak.

d.      Memastikan buku atur cara siap dicetak sebelum hari kejohanan.

 

      Iklan

      a.   Mendapatkan sumbangan iklan bagi Buku Program Kejohanan.

      b.   Menubuhkan satu jawatankuasa kecil bagi memudahkan agihan tugas mendapatkan sumbangan iklan.

 

      Publisiti dan Seranta

      a.   Mendapatkan maklumat dari semua Jawatankuasa Kecil berkenaan untuk menyelaraskan penyebaran melalui akhbar, radio dan televisyen.

      b.   Membentangkan sepanduk/poster di tempat-tempat yang strategik dan menyebarkan poster ke sekolah-sekolah.           

      c.   Mendapatkan kebenaran untuk membentangkan sepanduk-sepanduk.

      d.   Mengadakan ‘sticker’ atau lain-lain tanda bagi upacara-upacara atau tempat-tempat tertentu.

 

 

2.      CEREMONIAL

 

      Perasmian

      a.   Memastikan acara perasmian pembukaan atau penutup yang akan diadakan disertai semua kontinjen daerah.

      b.   Mengenal pasti acara-acara yang akan diadakan pada majlis perasmian bersesuaian dengan budaya Malaysia.

 


      Jamuan Rasmi

      a.   Memastikan pihak yang akan mengadakan/memberikan jamuan rasmi.

      b.   Menguruskan tempat jamuan rasmi.

      c.   Mengenal pasti pembekal makanan.

      d.   Memastikan jumlah jemputan.

      e.   Memastikan siapakah dif-dif jemputan.

      f.    Memastikan menu makan sesuai untuk semua kaum.

 

      Jemputan/Sambutan

      a.   Mengenal pasti individu-individu yang perlu dijemput.

      b.   Memastikan kad jemputan sampai ke destinasi dengan tepat.

      c.   Mengadakan pegawai-pegawai bagi menyambut para jemputan.

 

      Hadiah/Cenderahati

      a.   Menyempurnakan urusan penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang, cenderahati kepada pasukan dan lain-lain orang kenamaan tertentu.

      b.   Mengadakan kelengkapan-kelengkapan untuk penyampaian hadiah-hadiah/cenderahati  seperti meja, alas dulang dan sebagainya.

c.      Menentukan tempat, masa bagi urusan pegawai yang menyampaikan hadiah-hadiah  kepada pemenang-pemenang.

 

      Siar raya/Video/Fotografi

      a.   Mengambil Video dan Fotografi di sepanjang hari kejohanan ini dijalankan mengikut kesesuaian pihak Siar raya/Video/Fotografi.

      b.   Menyediakan sistem siar raya di tempat pertandingan dan di Upacara Pembukaan/ Penutup Kejohanan.

 

 

3.      HOSPITALITI

 

      Penginapan

      a.   Menyediakan tempat penginapan bagi semua peserta lelaki/perempuan mengikut jumlah yang didaftarkan.

      b.   Memastikan kebersihan asrama, bilik penginapan (‘dorm’), tandas dan kawasan asrama berada di dalam keadaan bersih.

      c.   Menampalkan peraturan penggunaan asrama di setiap bilik penginapan supaya tidak menimbulkan kerumitan.

      d.   Berhubung terus dengan pihak Urus setia sekiranya terdapat masalah atau perkara-perkara yang perlu diselesaikan bersama.

 


4.   Pengangkutan/Perhubungan

      a.   Menguruskan ketibaan/kemasukan ke asrama tempat penginapan.

      b.   Menyediakan peta perjalanan dari tempat penginapan ke tempat pertandingan dan tempat-tempat yang berkaitan.

      c.   Menyelaras keperluan kontinjen berkaitan dengan makan/minum, alatan sukan jika perlu dan lain-lain.

      d.   Menyelaras kepulangan kontinjen ke daerah masing-masing.

      e.   Menyediakan pengangkutan bagi pasukan yang tidak ada pengangkutan  jika diminta menyediakan pengangkutan dengan kos yang dibayar oleh pasukan berkenaan.

      f.    Segala urusan yang melibatkan pengangkutan dalaman hendaklah berunding dengan pihak Urus setia Pertandingan.

 

 

9.   Kecemasan

      a.   Mengadakan seorang Pegawai Perubatan dan pembantu-pembantu bertugas di tempat pertandingan.

b.      Mengadakan sebuah kenderaan di tempat pertandingan untuk urusan kecemasan.

c.      Memohon khidmat dan memaklumkan kepada klinik/hospital mengenai kejohanan.

      c.   Mendapat khidmat daripada Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) bertugas semasa pertandingan.

      d.   Menyusun anggota Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) mengikut tempat kejohanan.

 

 

10. Kawalan Lalu lintas/Keselamatan

      a.   Menentukan keselamatan dan kawalan lalu lintas tertentu di sepanjang laluan dan kawasan pertandingan.

      b.   Menentukan tempat keluar/masuk dan tempat letak kereta/bas di kawasan pertandingan.

      c.   Memohon kerjasama dan bantuan Polis - JIKA PERLU - untuk keselamatan.

 

 

 

4        TEKNIK PERTANDINGAN

 

      Pertandingan

      a.   Mendaftar peserta.

      b.   Membuat undian dan menyusun jadual dan menetapkan tarikh, masa dan tempat pertandingan.

      c.   Meneliti dan menyediakan peraturan-peraturan pertandingan.

      d.   Merekodkan keputusan pertandingan.

      e.   Menyampaikan keputusan-keputusan pertandingan kepada peserta-peserta untuk sebaran.

      f.    Menerangkan perkara-perkara berkaitan dengan pertandingan bila-bila masa yang dikehendaki oleh peserta-peserta untuk sebaran.

      g.   Menyediakan borang-borang tertentu bagi semua aspek pertandingan.

      h.   Menyemak/menyediakan Tempat Pertandingan dan alatan pertandingan.

      i.    Bekerjasama dengan Jawatankuasa Kecil Teknik dan Alatan dalam menyediakan alatan-alatan tertentu.

      j.    Menyediakan pembantu-pembantu/venue koordinator bagi melicinkan Kejohanan.

 

      Ke Pengadilan

a.      Menyediakan Pengadil secukupnya

b.      Mendapat dan mengedarkan surat cuti/pelepasan kepada pengadil

c.      Menjadi Urus setia Jawatankuasa Pengadil

d.      Menyusun jadual Pengadil.

e.      Menghantar laporan perlawanan ke bilik urus setia.

f.       Melantik pegawai perhubungan kepada Pengadil.

g.      Menyediakan pengangkutan untuk Pengadil jika perlu

h.      Mengawasi makanan yang disediakan untuk Pengadil.

 

      Alatan/Tempat Pertandingan

      a.   Menyiapkan Tempat Pertandingan untuk kejohanan.

      b.   Mengadakan peralatan kejohanan mengikut spesifikasi tertentu.

      c.   Menentukan/menetapkan kawasan untuk bertanding dan tempat-tempat lain yang berkaitan.

      d.   Membahagi dan menerima alat-alat serta penggunaan sepanjang kejohanan dengan teratur, kemas dan tidak ada kerosakan.

      e.   Menghias kawasan/tempat yang sesuai untuk pertandingan.

      f.    Mengadakan pembantu-pembantu untuk menyempurnakan tugas-tugas.

      g.   Bekerjasama dengan sesi pertandingan dalam menyediakan alatan-alatan pertandingan.

 

      Statistik

      a.   Mengumpulkan segala data dan statistik pertandingan.

      b.   Merekodkan dan melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh pihak Media dan Urus setia.

      c.   Mengumpulkan segala keputusan pertandingan dan dijilid menjadi satu buku keputusan pertandingan untuk dibahagikan kepada semua daerah yang menyertai pertandingan ini.

 

 

      Minuman Pertandingan/Pegawai.

      a.   Menyediakan minuman bagi pegawai yang BERTUGAS di sepanjang kejohanan berlangsung.

b.      Bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengadil dan Pertandingan bagi memudahkan urusan penghantaran air minuman kerana kejohanan dijalankan mengikut tempat yang berbeza.

 

      Pemilihan Pemain

      a.   Membentuk jawatankuasa dan menyusun jadual bertugas

c.      Mengumpul pencalonan pemain dari MSSD

d.      Mengadakan mesyuarat/perbincangan sekurang-kurangnya 2 kali

e.      Menyediakan peralatan/borang berkenaan

f.       Memberikan taklimat kepada pegawai pasukan

g.      Menyediakan laporan/senarai calon untuk latihan pusat sehari sebelum tamat kejohanan (tidak melebihi 15 orang pemain setiap kategori).

 

      Venue Koordinator

      a.   Mewakili Pengurus Pertandingan semasa perlawanan berjalan.

b.      Memeriksa venue dan kemudahan setiap kali sebelum perlawanan bermula

c.      Memberikan taklimat kepada pelajar pembantu dan pasukan pertolongan cemas di setiap venue

d.      Mengawasi setiap perlawanan berjalan dan membantu pengadil keempat

e.      Mencatatkan laporan perlawanan /keputusan dan menghantar ke urus setia.

 

 

1.      PANDUAN TUGAS KETUA ROMBONGAN

 

Tugasnya ialah:

1.1       Membantu menyediakan kemudahan dalam semua aspek kelengkapan latihan, penginapan dan lain-lain semasa latihan pusat jika diperlukan oleh MSS Daerah.

1.2       Memastikan disiplin pegawai dan pemain sentiasa baik semasa latihan pusat dan Kejohanan MSS Selangor.

1.3       Memantau dan mengambil tahu prestasi atlet dalam tempoh latihan pusat sehingga tamat Kejohanan MSS Selangor.

1.4       Mewakili PPD dalam majlis-majlis rasmi semasa kejohanan.

 

 

2.   PANDUAN TUGAS PENYELIA SUKAN MSS DAERAH

 

2.1    Sebelum Kejohanan

2.1.1    Membantu PPD menyediakan kemudahan dalam semua aspek kewangan, penginapan dan lain-lain semasa latihan pusat jika diperlukan oleh MSSD

2.1.2    Membantu memastikan disiplin pegawai dan pemain sentiasa baik semasa latihan pusat dan Kejohanan MSSS.

2.1.3    Membantu memantau dan mengambil tahu prestasi atlet dalam tempoh latihan pusat sehingga tamat Kejohanan MSSS.

2.1.4    Membantu Pengurus Pasukan memastikan peruntukan kewangan untuk latihan pusat diperoleh dan menguruskan perbelanjaan dengan hemat.

2.1.5    Membantu Pengurus Pasukan memastikan atlet yang dipilih adalah yang terbaik.

2.1.6    Membantu Pengurus Pasukan menguruskan hal-hal penginapan, makan dan pengangkutan dalam masa latihan pusat.

2.1.7    Membantu Pengurus Pasukan menguruskan segala peralatan sukan mencukupi dan kemudahan untuk latihan disediakan.

2.1.8    Membantu  Pengurus Pasukan menguruskan segala keperluan atlet dan jurulatih untuk latihan pusat.

2.1.9    Memastikan latihan pusat dijalankan dengan teratur dan lancar.

2.1.10  Memastikan segala dokumen perjalanan, surat kebenaran ibu bapa/penjaga dan surat pengesahan pemain disediakan mengikut maklumat yang dipohon oleh MSSS.

 

2.2       Semasa Kejohanan

2.2.1    Menghadiri mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

2.2.2    Membantu mengurus segala hal ehwal kebajikan atlet dan pegawai.

2.2.3    Memastikan  atlet dan pegawai berdisiplin sama ada di dalam atau luar pertandingan.

2.2.4    Membantu mengurus hal ehwal kewangan pasukan seperti yang peruntukkan.

 

2.3       Tugas-tugas lain yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.

 

 

3.      PANDUAN TUGAS PENGURUS PASUKAN MSSD

         Pengurus Pasukan dilantik PPD. Tugas dan tanggungjawabnya adalah seperti berikut:

 

3.1    Sebelum Kejohanan

3.1.1 Memastikan atlet yang dipilih adalah yang terbaik.

3.1.2 Memastikan peruntukan kewangan untuk latihan pusat diperoleh dan menguruskan perbelanjaannya dengan hemat.

3.1.3 Menguruskan hal-hal penginapan, makan dan pengangkutan semasa latihan pusat.

3.1.4 Menguruskan segala keperluan atlet dan jurulatih untuk latihan pusat.

3.1.5 Memastikan segala peralatan sukan mencukupi dan kemudahan untuk latihan disediakan.

3.1.6 Memastikan latihan pusat dijalankan dengan baik.

3.1.7 Memastikan segala dokumen peribadi untuk atlet dan pegawai dibereskan.

 

3.2    Semasa Kejohanan

3.2.1 Menghadiri mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

3.2.2 Mewakili PPD dalam majlis-majlis ramai.

3.2.3 Mengurus segala hal ehwal kebajikan atlet dan pegawai.

3.2.4 Memastikan atlet dan pegawai berdisiplin tinggi sama ada di dalam atau luar pertandingan.

3.2.5 Mengurus hal ehwal kewangan pasukan seperti yang diperuntukkan dan membantu menyediakan laporan perbelanjaan dengan sokongan resit-resit.

3.2.6 Membantu Pengerusi Teknik Permainan menyediakan laporan prestasi pasukan dalam kejohanan/pertandingan.

 

3.3    Lain-lain

3.3.1 Mengatur pengangkutan atlet untuk pulang ke destinasi masing-masing selepas kejohanan atau menyediakan kemudahan bermalam dan makan serta minum bagi mereka yang terpaksa menunggu semalaman.

3.3.2 Tugas-tugas lain yang difikirkan perlu.

 

4.      PANDUAN TUGAS PENGERUSI TEKNIK DAN PEMBANGUNAN PERMAINAN

 

Pengerusi Teknik dan Pembangunan Permainan adalah dilantik oleh MSS Negeri Selangor dan pelantikannya adalah berdasarkan kepada kepakaran, pengalaman dan pengetahuannya yang luas dalam bidang kepegawaian dan kejurulatihan sukan.

        

4.1       Memberi nasihat dalam hal-hal ehwal teknikal dan peralatan berkaitan dengan bidang sukannya kepada MSS Negeri atau MSSD pada bila-bila masa diperlukan.

4.2       Mengumpul, menyimpan dan mengemas kini maklumat/rekod jurulatih serta pegawai sukan berkenaan untuk dimaklumkan kepada MSS Negeri/Unit Sukan JPN.

4.3       Membantu pengelolaan kejohanan peringkat MSS Negeri/MSSD dalam aspek teknikal dan pertandingan.

4.4       Sebagai pegawai perhubungan antara MSSD dengan Persatuan Sukan Negeri atau Majlis Sukan Negeri (MSN) jika dikehendaki.

4.5       Memaklumkan kepada MSS Negeri mengenai apa jua perubahan dalam undang-undang sukan Kebangsaan atau Antarabangsa untuk penyebaran kepada semua MSSD dan pengerusi-pengerusi teknik sukan daerah/setiausaha sukan sekolah.

4.6       Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknik Dan Pembangunan Permainan masing-masing dan melaporkan segala keputusan mesyuarat kepada Penyelaras Sukan MSS Negeri/Setiausaha Agung.

4.7       Memastikan peruntukan kewangan diurus dengan baik.

4.8       Menyediakan laporan bertulis mengenai pencapaian di kejohanan yang disertainya.

4.9       Mengetuai jawatankuasa pemilihan atlet, jurulatih dan pengadil/pegawai teknikal pasukan MSS Negeri dan menyediakan kriteria-kriteria/panduan pemilihan.

4.10     Membantu perancangan jangka pendek dan jangka panjang strategi/program pembangunan sukan sekolah dalam sukan berkenaan.

4.11     Merangka program latihan/latihan pusat/pertandingan dan lain-lain program yang membantu peningkatan sukan berkenaan.

4.12     Lain-lain tugas yang diarahkan  oleh MSS negeri/Unit Sukan JPN dari masa ke semasa.


 

 

 

 

 

 

PERATURAN PERTANDINGAN

 

 

UNDANG-UNDANG

KEJOHANAN BOLA KERANJANG M.S.S.S.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERTANDINGAN BOLA KERANJANG

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

 

 

PERATURAN PERTANDINGAN

 

 

UNDANG-UNDANG

KEJOHANAN BOLA KERANJANG M.S.S.S.


PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG

 

1.       UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

 

1.1Untuk sekolah menengah pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) dan peraturan-peraturan AM MSSS yang sedang dikuatkuasakan.

1.2Untuk sekolah rendah pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) dan undang-undang yang dicadangkan sesuai dari Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) serta peraturan-peraturan AM MSSS yang sedang dikuatkuasakan.

 

2.       JENIS PERTANDINGAN

 

2.1Pertandingan berpasukan antara MSS Daerah

2.2Masa bermain ialah 20 minit bagi tiap-tiap separuh masa dengan rehat selama 5 minit.   Di samping setiap separuh masa dibahagikan kepada 2 waktu dengan masa rehat 2 minit antaranya.  Masa pertandingan terus berjalan melainkan : ‘jump ball’, ‘free throw’, ‘foul’, ‘substitution’, ‘time-out’ atau diminta oleh pengadil.

2.3Jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, pertandingan disambung semula selama 5 minit setelah 2 minit berehat.  Jika keputusan seri lagi, pertandingan bersambung semula selama 5 minit sehingga keputusan kemenangan diperolehi.

2.4Masa 2 minit terakhir dalam waktu ke 4 atau masa tambahan, apabila berjaring atau pengadil meniup wisel, masa pertandingan perlu diberhentikan.

2.5Permainan terpaksa ditangguhkan kerana hujan atau sebab-sebab lain, pertandingan akan disambung semula pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh pihak pengelola.  Segala mata yang diperolehi dan masa yang telah digunakan dikekalkan.

 

3.       PENDAFTARAN

          Pasukan yang hendak mengambil bahagian dikehendaki menghantar tidak lebih dari 12 nama pemain bagi tiap-tiap kumpulan umur.  Butir-butir yang dikehendaki dalam borang penyertaan itu perlu diisi dengan penuh.  Penukaran pemain yang telah didaftarkan perlu diberitahu dengaan butir-butir yang lengkap dan ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua ataupun Pengerusi Pertandingan Daerah sebelum pertandingan pertama dimulakan.

 

 

 

 

 

 

 

 


4.       SISTEM PERTANDINGAN

         

System pertandingan yang dijalankan secara liga atau cara kalah mati adalah seperti betikut :

 

4.1       Liga 4 kumpulan (A,B,C dan D) –minimum 12 pasukan

 

Tidak terlibat (MSSS 9 pasukan sahaja)

 

4.2     Liga 3 kumpulan (A,B dan C)

         

          4.2.1  Pusingan Pertama

 

a.     Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan mengambil bahagian mereka hendaklah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaiyu A, B dan  C

Pertandingan akan dijalankan secara liga.

 

b.     Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan di tempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

 

Johan          - kumpulan A

Naib Johan  - kumpulan B

Ketiga                   - kumpulan C

 

c.     Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cabutan-cabutan undi.

 

d.     Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah diambil kira kedudukannya dan pasukan yang lain hendaklah diundi.

 

4.2.2  Pusingan kedua

 

a.     Pemenang 1 dan pemenang 2 dalam setiap setiap kumpulan akan ditempatkan dalam kumpulan kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian

 

b.     Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama,

 

c.     Dari 3 pemenang 1, satu akan ditempatkan di kumpulan lain.

 

d.     Pemenang 2 setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari pemenang 1 kumpulannya.

 

e.     Pasukan-pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing.

 

4.2.3  Pusingan Akhir

 

a.     Pemenang 1 Kumpulan X akan melawan Pemenang 1 Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

 

b.     Pemenang 2 Kumpulan X akan melawan Pemenang 2 Kumpulan Y untul menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

 

4.3  Liga 2 Kumpulan (A dan B)

 

       4.3.1  Pusingan Pertama

 

a.     Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B.  Pertandingan akan dijalankan secara liga.

 

b.     Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan Naib Johan dan Tempat Ketiga tahun lalu ditempatkan dalam kumpulan B.  Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan dengan cabutan undi.

 

c.     Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah diambil kira kedudukannya dan pasukan yang lain hendaklah diundi.

    

 

4.3.2  Pusingan kedua (Separuh Akhir)

 

a.  Pemenang 1 Kumpulan A akan melawan Pemenang 2 kumpulan B (Kumpulan X) dan Pemenang 1 Kumpulan B akan melawan Pemenang 2 kumpulan A (Kumpulan Y)

 

 

 

 

 

 

 

 

b.     Pasukan dalam Kumpulan X dan Y akan bermain secara kalah mati.

 

      Separuh Akhir

              Pemenang 1 Kumpulan A -----------------     Akhir

              (Kumpulan X)                                       -------------

              Pemenang 2 Kumpulan B -----------------                  Johan

                                                                                      ---------------

              Pemenang 1 Kumpulan B -----------------

              (Kumpulan Y)                                      --------------

                   Pemenang 2 Kumpulan A -----------------

                  

 

 

4.3.3  Pusingan Akhir

 

a.  Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

 

c.     Kalah Kumpulan X akan melawan Kalah Kumpulan Y untul menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

 

4.4  Liga 1 Kumpulan

 

Sekiranya 5 atau kurang daripada 5 pasukan mengambil bahagian, pertandingan secara liga satu pusingan akan dijalankan.

 

4.5 Sistem Pertandingan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Permainan Sekolah-sekolah Negeri melainkan jika ada diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja.

 

 

 

5.       CARA MEMUTUS KEPUTUSAN

5.1Cara Liga

5.1.1   Cara memberi mata

          Menang  2 mata

          Kalah               1 mata

          Menarik diri     0 mata

 

5.1.2     Jika dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut:

 

a.     Keputusan permainan antara dua pasukan yang terlibat akan menentukan kedudukan mereka.

b.     Jika jumlah mata yang diperolehi dan yang di jaring oleh pihak lawan adalah sama anatra dua pasukan, maka pemenang akan ditentukan oleh purata jaringan.

 

5.1.3  Jika lebih dari dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut:

 

a.     Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira menang (cuma mengambil keputusan antara pasukan yang sama mata).

b.     Jika masih seri, pasukan yang mempunyai purata jaringan yang tertinggi akan dikira menang (cuma mengambil keputusan antara pasukan yang sama mata).

c.     Jika masih seri, kedudukan akan ditentukan dengan mengambil kira purata jaringan dari keputusan semua permainan yang dimain dalam kumpulan. Jika ada apa keraguan, rujuk peraturan FIBA.

d.     Jika masih seri, cabutan undi akan dibuat.

 

6.       PAKAIAN

6.1Setiap pasukan mesti mempunyai 2 set pakaian seragam dengan satu set berwarna gelap dan satu lagi berwarna putih.

6.2Untuk pertandingan, maka mana-mana pasukan yang disebutkan dahulu di jadual pertandingan dikehendaki memakai pakaian berwarna putih sementara lawannya berwarna gelap.

 

7.       PENGADIL

          7.1 Jawatankuasa teknik Bola Keranjang MSSD/MSSS bertanggungjawab atas perlantikan pengadil-pengadil yang bertauliah untuk mengadil di semua perlawanan.

          7.2  Pengadil-pengadil yang bertugas mestilah meneliti kelayakan peserta-peserta sebelum permainan dimulakan.

 

8.       GELANGGANG/ALATAN

          Rujuk undang-undang Bola Keranjang antarabangsa (FIBA)

 

9.       KELEWATAN

          Pasukan yang gagal menhadirkan diri 15 minit selepas masa pertandingan yang ditetapkan, dianggap menarik diri dalam pertandingan.  Keputusan yang dicapai sebelum itu tidak akan diambil kira.

 

10           MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

             

10.1        Peserta/Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.

 

10.2        Sekiranya sesebuah pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja dari pertandingan-pertandingan semua keputusan yang dimainkan oleh pasukan/peserta itu akan dibatalkan.  Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan/peserta yang berkenaan.

 

 

10.3 Mana-mana pasukan/peserta/sekolah/daerah yang telah mengesahkan penyertaan sesuatu pertandingan tetapi menarik diri akan dikenakan denda sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) atau digantung penyertaan selama setahun atau kedua-duanya sekali.

 

11.     Bantahan

11.1        Sekiaranya selepas tamat perlawanan pasukan yang ingin membuat bantahan, ketua pasukan hendaklah menandatangani di ruang protest dalam score sheet supaya bantahannya dapat dipertimbangan.

11.2        Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah disertakan kepada setiausaha pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada 20 minit selepas perlawanan dengan bayaran RM200.00.

 

12.     JURI RAYUAN

         

Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum).  Mereka terdiri daripada :

 

12.1        Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.

12.2        Setiausaha Agung MSSS atau wakilnya.

12.3        Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSS.

12.4        Dua atau empat orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan/kes tersebut.

 

13.     LEMBAGA TATATERTIB

             

13.1  LEMBAGA Tatatertib Permainan Negeri Terdiri daripada :

         13.1.1 Yang DiPertua MSSS

          13.1.2 Timbalan Yang DiPertua atau wakilnya

          13.1.3 Naib yang diPertua

          13.1.4 Setiausaha Agung MSSS

          13.1.5 Pengerusi Teknik Permainan berkenaan

         

    

 

  Lembaga ini bertanggungjawab untuk :

 

a.     Mengambil tindakan mengenai perlanggaran peraturan pertandingan yang berkenaan bagi semua perkara semasa kejohanan/pesta dijalankan seperti berikut :

i.                   Memberi amaran.

ii.                Mengantung dari pertandingan berikutnya bagi jangka masa tertentu.

iii.              Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan/pesta.

 

a.     Menghantar laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada Lembaga Tatatertib MSSS selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan/pesta dan membuat syor atau cadangan mengenai jenis tindakan yang sewajarnya.  Kes-kes yang lebih berat yang melibatkan displin pegawai-pegawai hendaklah dilaporkan kepada Lembaga Tatatertib MSSS untuk tindakan selanjutnya.

 

 

14           PINDAAN DAN TAMBAHAN PERATURAN.

 

14.1  Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor Darul Ehsan berhak meminda atau menambah peraturan dan undang-undang di atas.

 

 

15.     PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

          Semua yang tidak disebutkan di dalam peraturan ini, akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola Permainan Negeri yang berkenaan mengikut kuatkuasa Peraturan dasn Undang-Undang Permainan itu.

 


Perubahan peraturan FIBA 2004

 

Sila rujuk (rule changes) di web ini

 

Alatan tambahan di meja pegawai meja

 

Anak Panah yang digunakan untuk ‘Alternate possession’ jika berlaku situasi jump-ball