Make your own free website on Tripod.com

Peraturan-peraturan Bola Keranjang Mini Selangor

 

1. Tarif                                       : Undang-undang ini adalah khas untuk sukan mini yang dianjurkan oleh Jabatan Negeri SelangorDarul Ehsan.

 

2. Kumpulan umur                     : 2 kategori, lelaki bawah 10 tahun dan perempuan bawah 10 tahun. (sila rujuk kiraan kedudukan pasukan dan daerah)

 

3. Referee                                 : Hanya seorang referee menjalankan tugas dalam setiap permainan.

 

4. Pasukan                                 : Setiap pasukan mempunyai seramai 6 orang pemain.

 

5. Pemain dan penggantian       : Semasa permainan dijalankan, hanya 5 pemain yang akan bermain dalam gelanggan.  Pemain hanya boleh diganti oleh pemain ke enam dalam pasukan itu sahaja.

 

6. Nombor jesey pemain           : Nombor jesey pemain (antara 4 dan 15).

 

7. Masa                                     : Masa pertandingan satu period sahaja ia-itu selama 5 minit. Tiada masa tambahan.

 

8. Mata seri                               : Pada masa penamat, matanya masih seri.  Lontaran penalty (free throw) akan diadakan:

 

(a)   Setiap pasukan akan memilih 3 pemain untuk menjalankan lontaran penalty.

(b)   Pemain pertama dari pasukan pertama dalam jadual pertandingan akan menjakankan lontaran penalty dahulu, diikuti oleh pasukan lawannya.  Seterusnya diikuti oleh pemain kedua dan ketiga.

(c)    Sekiranya keputusan masih seri, lontaran cara “sudden death” akan dijalankan oleh pemain yang belum membuat lontaran.

 

9. Masa pertandingan               : Masa pertandingan akan terus berjalan tanpa berhenti kecuali diminta oleh referee.

 

10. Time-out                              : Tiada.

 

11. Memulakan pertandingan  : Mulakan pertandingan dengan jump ball di bulatan tengah.

 

12. Jump ball                             : Jika berlaku situasi jump ball dalam perlawanan. Peaturan alternate possession akan dikuatkuasakan.

13. Pungutan mata                    : 1 mata akan diberi kepada pasukan yang berjaya menjaring dari kawasan larangan (key area).  Jaringan dari luar kawasan larangan diberi 2 mata.

 

14. Violation                              : Peraturan 3 saat, 5 saat, 8 saat, 24 saat, ball returned to the backcourt akan di kuatkuasakan.

 

15. Teknikal foul                       : Tiada teknikal dan unsportmanlike foul.  Jika berlaku, referee perlu menasihatkan pemain itu supaya jangan berulang.  Sekiranya pemain itu berulang lagi, dia akan disingkirkan dari pertandingan itu.

 

16. Foul                                      :  Jika foul berlaku di front court pasukan offensive oleh pasukan defensive, pasukan offensive akan diberi satu lontaran penalty diikuti dengan throw in. Jika bola masuk, pasukan tersebut akan dapat satu mata.  Jika dalam act of shooting, jika bola masuk, pemain itu akan diberi satu lontaran penalty diikuti dengan throw in.

 

17. Foul ke 3                              : Seseorang pemain yang telah berfoul 3 kali dalam sesuatu perlawanan, dia terpaksa disingkirkan dari perlawanan dan diganti oleh pemain simpanan.

 

18. Saiz bola                              : Ukurannya diantara 68 cm hingga 73 cm dan beratnya 450 gram hingga 500 gram (Bola size 5)

 

19. Gelanggang dan tiang         : Gunakan gelanggang dan tiang Bola Keranjang mini.

 

20. Format pertandingan          : Permainan dijalankan dengan cara ‘ROUND ROBIN’

 

21 Kiraan kedudukan pasukan dan daerah  : Pertama, kiraan Johan, naib johan, tempat ketiga dan seterusnya untuk setiap kategori.  Kedua, kiraan Johan, naib johan, tempat ketiga dan seterusnya untuk daerah.  Hadiah akan diberikan mengikut kedudukan daerah bukan kategori.

                                                   Penerangan cara jumlah mata dikira :-

Pengiraan pertama :- Pasukan yang menang akan dapat 2 mata, kalah satu mata, walk over 0 mata.  Pasukan yang dapat pungutan mata yang terbanyak akan menjadi johan kategori (9 markah akan diberi kepada pasukan tersebut), yang kedua banyak akan dapat tempat kedua kategori (8 mata) dan seterusnya.  Jika terdapat 2 atau 3 pasukan yang dapat jumlah mata yang sama, cara pengiraan akan mengikut peraturan MSSS.

Pengiraan kedua :- Untuk menentukan daerah mana yang dapat johan, jumlah mata pasukan daerah lelaki dan perempuan akan digabungkan.  Daerah yang dapat jumlah mata yang terbanyak akan menjadi johan, kedua banyak naib johan dan seterusnya.  Jika terdapat 2 atau 3 daerah yang dapat jumlah mata yang sama, cara pengiraan akan mengikut peraturan MSSS.