1. Tarif : Undang-undang ini adalah khas untuk
sukan mini yang dianjurkan oleh Jabatan Negeri
SelangorDarul Ehsan.
2. Kumpulan
umur :
2 kategori, lelaki bawah 10 tahun dan perempuan bawah
10 tahun. (sila
rujuk kiraan kedudukan pasukan dan daerah)
3. Referee : Hanya seorang referee menjalankan tugas dalam setiap permainan.
4. Pasukan : Setiap pasukan mempunyai seramai 6 orang pemain.
5. Pemain
dan penggantian : Semasa permainan dijalankan, hanya 5 pemain yang akan bermain
dalam gelanggan. Pemain hanya boleh diganti oleh pemain
ke enam dalam
pasukan itu sahaja.
6. Nombor
jesey pemain : Nombor jesey pemain (antara
4 dan 15).
7. Masa : Masa pertandingan satu period sahaja ia-itu selama 5 minit. Tiada masa tambahan.
8. Mata seri : Pada masa penamat,
matanya masih seri. Lontaran penalty (free throw) akan diadakan:
(a) Setiap pasukan akan memilih
3 pemain untuk menjalankan lontaran penalty.
(b) Pemain pertama dari pasukan pertama
dalam jadual pertandingan akan
menjakankan lontaran
penalty dahulu, diikuti oleh pasukan lawannya. Seterusnya diikuti oleh pemain
kedua dan ketiga.
(c) Sekiranya keputusan masih seri, lontaran
cara “sudden death” akan dijalankan oleh pemain yang belum membuat lontaran.
9. Masa
pertandingan :
Masa pertandingan akan terus
berjalan tanpa berhenti kecuali diminta oleh referee.
10. Time-out : Tiada.
11. Memulakan
pertandingan : Mulakan pertandingan dengan jump ball di bulatan tengah.
12. Jump ball : Jika berlaku situasi
jump ball dalam perlawanan.
Peaturan alternate possession akan dikuatkuasakan.
13. Pungutan
mata :
1 mata akan
diberi kepada pasukan yang berjaya menjaring dari kawasan larangan (key area). Jaringan dari luar kawasan larangan diberi 2 mata.
14. Violation : Peraturan 3 saat, 5 saat, 8 saat, 24 saat, ball returned to the backcourt akan di kuatkuasakan.
15. Teknikal
foul : Tiada teknikal dan unsportmanlike foul. Jika berlaku, referee perlu menasihatkan pemain itu supaya jangan
berulang. Sekiranya pemain itu berulang lagi,
dia akan
disingkirkan dari pertandingan itu.
16. Foul : Jika foul berlaku di front court pasukan offensive oleh pasukan defensive, pasukan
offensive akan diberi satu lontaran
penalty diikuti dengan
throw in. Jika bola masuk, pasukan tersebut akan dapat
satu mata. Jika dalam act of shooting, jika bola masuk, pemain itu
akan diberi
satu lontaran penalty diikuti dengan throw in.
17. Foul ke
3 : Seseorang pemain yang telah berfoul 3 kali dalam sesuatu perlawanan,
dia terpaksa disingkirkan dari perlawanan dan diganti oleh pemain
simpanan.
18. Saiz
bola : Ukurannya diantara 68 cm hingga 73 cm dan beratnya 450 gram hingga 500 gram
(Bola size 5)
19. Gelanggang
dan tiang : Gunakan gelanggang dan tiang Bola Keranjang mini.
20. Format pertandingan : Permainan dijalankan dengan cara ‘ROUND ROBIN’
21 Kiraan
kedudukan pasukan dan daerah : Pertama, kiraan
Johan, naib johan, tempat ketiga dan
seterusnya untuk setiap kategori. Kedua, kiraan Johan, naib johan, tempat ketiga
dan seterusnya untuk daerah. Hadiah akan diberikan
mengikut kedudukan daerah bukan kategori.
Penerangan cara jumlah mata dikira :-
Pengiraan pertama :- Pasukan yang menang akan dapat
2 mata, kalah satu mata, walk over 0 mata. Pasukan yang dapat pungutan mata yang terbanyak akan
menjadi johan kategori (9 markah akan diberi kepada
pasukan tersebut), yang kedua banyak akan
dapat tempat kedua kategori (8 mata) dan seterusnya. Jika terdapat 2 atau 3 pasukan yang dapat jumlah mata yang sama, cara
pengiraan akan mengikut peraturan MSSS.
Pengiraan kedua :- Untuk menentukan
daerah mana yang dapat johan, jumlah
mata pasukan daerah lelaki dan
perempuan akan digabungkan. Daerah yang dapat jumlah mata yang terbanyak akan
menjadi johan, kedua banyak naib
johan dan seterusnya. Jika terdapat 2 atau 3 daerah yang dapat jumlah mata
yang sama, cara pengiraan akan mengikut peraturan
MSSS.